Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Latihan Industri




Gambar bersama Pegawai2 SPI di SMK Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, yang begitu sempurna..
Selawat dan salam untuk Baginda Rasul yang tercinta..

Tiada kesempurnaan yang mampu menghias setiap nikmat, andai kita tidak menyedari hakikat pemberi nikmat itu sendiri.

19 Jun 2017,

Tarikh bermakna untuk kami semua. Inilah hari pertama kami melapor diri di tempat yang telah kami pilih untuk menjalani Latihan Industri selama dua bulan.. dan aku memilih Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai tempat untuk menjalani Latihan Industri ini.

Oh ya, lupa untukku khabarkan,
Aku menjalani latihan industri di sini bersama dua orang lagi sahabatku, Zaza dan Farah. :)



Minggu Pertama Praktikal^^ ( Majlis Berbuka Puasa di SMK Beaufort)

Pada mulanya, aku merasakan bahawa aku pasti akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sini. Namun, semua persepsi itu hilang setelah beberapa hari kami disini.

Di sinilah aku mengetahui cara kerja mereka dan juga ukhuwah sesama mereka. Sehinggakan aku tidak merasa janggal untuk bergaul dengan mereka semua. Di sini juga kami mengenali Kak Noiy, Kak Jie, Kak Nong, Kak Jaidah, Encik Din, Encik Asroy, Encik Zul, Penyelia kami, Ustaz Zamree, dan seluruh warga SPI.

Sepanjang kami berada di sini, kami mendapat banyak peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Antara perkara yang paling menarik ialah, kami diberi kepercayaan untuk menjadi juruacara sebanyak dua kali. Sememangnya amat mencabar. Apatah lagi, aku dan Farah belum terbiasa dengan perkara sebegitu. Tapi, Alhamdulillah, kami berjaya melaluinya dan melakukannya. ( We Did It!)

Rutin yang paling ku gemari di sini ialah, aktiviti membaca Yasin setiap pagi Jumaat kerana aktiviti ini seolah membawaku kembali ke alam persekolahan di SMKAKK dahulu. Kata Farah, "Bestkan Ika, suasana ni. macam semua aura positif datang pada kita".

Staf-staf di sini juga sentiasa membantu kami dan mengajar kami sekiranya ada sesuatu yang tidak kami ketahui.



Gambar sewaktu Sambutan Hari Raya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah



Walaupun singkat waktu yang kami miliki bersama mereka, namun banyak kenangan yang terlakar dalam potret minda. Bekerja di sini sebagai pelajar praktikal adalah sebuah pengalaman berharga buat kami. Tidak ada langsung persepsi buruk yang pernah dimomokkan pada kami sebelum melapor diri dahulu. Mungkin setiap tempat berbeza. Bukanlah aku ingin mengatakan bahawa SPI tidak ada cacat celanya. Namun, semua kekurangan itu, adalah lumrah. Maka jangan pula kita merosakkan seluruh keindahan dengan sedikit noda yang timbul tanpa sengaja.

Oh ya, dua bulan berada di sini, aku berjaya mengubah persepsiku terhadap orang lain. Percayalah, kakitangan sokongan juga amat penting dalam organisasi. Tanpa mereka, mana mungkin sesuatu yang kita inginkan boleh terjadi dengan mudah. Di sinilah aku benar-benar kagum pada tugas Kak Noiy, Encik Din, Encik Asroy, Encik Zul, Kak Nong, Kak Jie, Kak Jaidah. Tambahan pula, merekalah yang selalu membantu kami, dan melayani karenah kami dengan sabar, sehinggakan dari seseorang yang tidak tahu apa-apa, akhirnya kami tahu banyak perkara melalui mereka.. Terima kasih Allah, kerana menghadirkan orang yang mulia seperti mereka..

Tuntasnya (Maaflah macam skema pula. Mungkin penangan menulis laporan Latihan Industri beberapa minggu yang lepas masih lagi tersisa..hehe) pengalaman menjalani latihan industri, merupakan suatu pengalaman indah yang boleh kami selitkan dalam lembaran diari kehidupan kami sebagai seorang pelajar, dan mungkin juga sebagai kenangan untuk kehidupan kami di masa hadapan.

Dan sekarang.. aku, sebenarnya sangat merindui mereka semua yang berada di sana walaupun mungkin aku sahaja satu-satunya yang kurang diingati, kerana keberadaanku yang seolah tidak wujud di sebabkan sifat diamku. Aku masih ingat, kala aku di beri peluang untuk memberi ucapan terakhir di sana, aku tidak dapat mengatakan dengan sesungguhnya apa yang terbuku di hatiku. Terlalu banyak yang ingin ku katakan tetapi semuanya terkunci kemas dalam mulutku meskipun sebelum itu aku sudah merangka apa yang ingin ku sampaikan. Tapi, ringkasnya, aku bersyukur, kerana diberi peluang untuk berada di sana bersama sahabatku yang lain.


Gambar hari terakhir di SPI

Wefie ^^

" Setiap kebersamaan pasti akan berakhir, tapi kebahagiaannya akan tetap abadi dalam kenangan indah kita"-Unknown

Syifa'Qalbi,
19 Ogos 2017.


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat