Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Berbaik sangkakah kita?





photo credit to: Google image


Assalamualaikum..

Sahabat2 mayaku sekalian..terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini...moga ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh diambil dari tulisan dan nukilan yang ku coretkan di sini..dan maafkanlah andai ada antara tulisan ini yang salah paksinya..atau mungkin mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca...

Diri ini..cuma insan biasa..dan masih mentah dalam bidang penulisan ini. namun minat untuk menulis akhirnya membuatkan blog ini wujud sehingga hari ini.

Coretan kali ini, cuma coretan biasa. moga ada manfaatnya buat kita ^^

Berbicara tentang berbaik sangka.. apakah kita benar sudah menanamnya.. dalam akhlak dan hati kita.. kerana itu..aku mahu berbicara.. tentang sesuatu..sebagai ingatan..untuk kita berfikir..sudah cukupkah kita..berbaik sangka..atau mungkin masih ada sisa.. sikap buruk sangka yang membusuk dalam jiwa.. kerana prasangka baik atau buruk itu, datangnya dari hati kita...jika baik, maka baiklah ia..tapi jika rosak..maka buruklah sangkaan yang datang.. prasangka buruk itu ibarat bisa.. sekali disengat..maka bisanya boleh menyakiti kita.. bahkan menjadikan prasangka buruk itu nyata, adalah dosa untuk kita...



“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa.”
[Q.S Al-Hujurat: 12]

Wahai kawan,
aku mahu berbicara,
bagaimana pun sangkaanmu,
jangan sampai kau binasa,
asbab nilaian mata dan hatimu 
yang tidak mengetahui perkara sebenarnya 

Wahai kawan,
jangan biarkan hatimu bernanah dengan prasangka,
kerana ada manusia, 
yang selalu menyembunyikan kesedihan, kesusahan, dan masalah,
dari gerak tubuh dan ekspresi wajahnya,

Kerana bibir yang melukis senyum, 
tidak selalunya menuturkan derita hati yang dalam,
mata yang terbuka,
tidak selalunya celik tanpa air mata,
lidah yang fasih berbicara,
tidak selalu benar tuturnya,

Kadangkala, kita hanya melihat luaran seseorang,
apabila yang bermain dihadapan mata adalah keburukannya,
ramai antara kita yang terlupa,
untuk berbaik sangka,
malah terus menghukum tanpa sebarang usul periksa,

Maka, mulai hari ini,
detik ini, marilah kita cuba bermuhasabah,
sudah cukupkah kita mendidik hati,
untuk berbaik sangka,
terhadap sesiapa pun,
bahkan pada Rabb yang tidak pernah alpa memerhatikan kita 


Ayuh kita bersama-sama, perbaiki hati.. buat insan yang selalu berbaik sangka..sungguh berbahagialah hatinya.., 

Aku menulis bukan untuk menyindir sesiapa..bahkan nukilan ini ku tulis, untuk diriku sendiri..kerana aku juga masih terlalu banyak kelemahan dan hanya Allah yang Maha Pengasih yang mengetahuinya..

Biar kita jadi bunga, yang sentiasa menebarkan harumannya, meskipun pada tangan yang menghancurkannya - Saidina Ali bin Abi Talib.

Salam sayang,
Syifa'Qalbi ^_^

P/S : mohon teguran jika ada yang tidak benar pada tulisan ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat