Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Ramadhan

picture: google




Bismillah... Dengan Nama Allah,
Ku awali tulisanku untuk bulan Jun ini,
dengan Namamu Rabbi,
setelah lama rasanya tidak menuliskan
sesuatu di atas kanvas maya ini.

Bulan ini, bukan sekadar bulan biasa,
tetapi cukup istimewa,
seluruh umat menantikannya,
ibarat menanti kekasih yang sudah lama tidak bersua muka.

Ya! Ramadhan, bulan rahmat, yang didalamnya penuh berkat,
setiap harinya dilalui dengan nikmat dan taat,
acapkali bulan ini, di beri jolokan, sebagai madrasah.
Madrasah yang mendidik jiwa yang sudah lama gersang. kini, ia datang dengan
air bah, yang menghanyutkan segala noda yang kita lakukan di masa lalu. sama seperti seorang guru,
yang datangnya, untuk melimpahkan segala ilmu, agar kita jauh dari kejahilan yang tak tertanggung dek selembar jiwa yang lemah.

Ramadhan,
kali ini adalah tahun yang ke sembilan, aku menjalani ramadhan, jauh dari keluargaku, dan ini adalah kali kedua, aku melaluinya, di negeri orang. negeri yang sangat asing bagiku. malah, terlalu banyak perbezaannya dengan tanah kelahiranku. benar kata pepatah melayu, hujan emas di negeri orang, huajn batu di negeri sendiri..lebih baik hujan batu di negeri sendiri. oh, betapa ku rindukan suasana negeri di bawah bayu. namun perbezaan ini yang menyebabkan aku belajar untuk saling menghargai dan mensyukuri.

Sememangnya perasaannya agak berlainan, antara berpuasa di sini, dan di negeriku sendiri. Terutamanya perbezaan masa yang pada awalnya amat sukar untukku adaptasi dalam rutin seharianku. Namun, pengalaman inilah yang akan ku kenang kembali suatu hari nanti.

Jauh disudut hati, aku terlalu rindu, dengan ramadhan sewaktu di sekolah dahulu. perasaannya terlalu luar biasa. Entah mengapa, perasaan dan suasana itu tidak lagi ku rasakan di sini. Mungkin kerana kondisi hati yang sudah lama tidak terisi. Kalau dahulu, setiap hari, telinga kami sentiasa disapa dengan alunan al-quran yang menyentuh hati, tangan kami, sentiasa sibuk mencatat tazkirah yang diberi, bibir kami sentiasa di didik mengucapkan zikir dan tilawah tanpa henti. Setiap detik, setiap saat, bermula dari bangun sahur, sehinggalah selepas terawih, bahkan sebelum tidur pun, kami sentiasa dijaga dengan ingatan pada Allah. Tidak pernah hatiku terasa ralat, saat melalui ramadhan di sekolah sendiri. Meskipun kadangkala, hati ini tidak mampu menahan rasa, tatkala melihat sahabat-sahabat kami pulang ke rumah, meraikan puasa bersama keluarga mereka. Bagiku, segalanya tetap indah, kerana ada sesuatu yang cukup berharga untukku raih.

Di sekolah, kami tidak pernah lupa untuk saling mengingati. Selalu sahaja ada yang memberi dan mengingatkan kami, tentang Ilahi. bukanlah aku mengatakan bahawa disini tiada yang begitu, tetapi, jarang sekali berlaku. Di sini, kita yang perlu mencari, di celah mana adanya pengisian buat hati. Sekiranya aku cuba untuk menceritakan segalanya, pasti takkan tamat kisahnya..kerana terlalu banyak mutiara hikmah yang wujud dalam lingkungan tarbiah ini. Aku rindu....Rindu pada sekolah ku..dan segalanya yang ku lalui di situ. Bahkan aku terlalu merindui, diriku yang dahulu. Aku pada hari ini, bukanlah Aku yang sama seperti dulu. Terlalu besar perubahan yang berlaku pada diri..sehinggakan aku masih teraba-raba sampai hari ini, mencari kemana hilangnya identiti diri.

Ramadhan kali ini, ku harapkan ia membawa erti yang ku cari. 3 minggu berpuasa di universiti, semoga ada sesuatu yang akan ku peroleh di akhir nanti. Semoga kita mampu melalui ramadhan dengan penuh makna untuk diri..sehinggalah ke masa hadapan nanti...Moga nanti, di akhir ramadhan, kita mampu membawa perubahan besar, untuk diri.

Salam sayang,
Syifa'Qalbi94

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat