Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Lelah yang terbayar

Akhirnya..




        Tiada kata yang mampu untuk ku ungkapkan, dari sebaris bibir ini, melainkan hanya lafaz syukur yang begitu besar untuk yang Maha Esa...lelah yang selama ini terbayar, dengan hasil yang amat memuaskan untuk diriku sendiri. 

        Kalau bukan kerana wujudnya subjek Penglahiran Bakat Kreatif di universitiku ini, mungkin, takkan pernah terhasil sebuah cerpen dari hasil tanganku sendiri. Ini, kali pertama, aku berjaya menyiapkan sebuah cerpen meskipun jalan ceritanya agak mendatar dan mungkin kurang menarik untuk terus membacanya. Entahlah, pada hakikatnya, menulis adalah satu keterujaan yang luar biasa untukku. Namun, untuk menulis cerita atau cerpen, aku buntu. Malahan, dalam proses menjana idea untuk penulisan juga masih terlalu sempit konteks yang berlegar-legar di sekitar mindaku. kata-kata dari susunan aksara juga seakan layu..jika aku ingin menulis sebuah cerita. sekali lagi, aku akui, aku buntu. Sehingga akhirnya, aku berjaya menyiapkan tugasan ini dengan semampuku.

             Dan....inilah hasilnya... idea cerpen ini terwujud dari penulisanku di blog ini juga, pun begitu, aku tetap tidak mahu mengalah pada kelemahanku, aku juga memilih untuk menulis sajak meskipun aku tahu, kebanyakkan sajak atau puisi yang ku tulis, banyak berkait dengan emosi, atau perkara yang berlaku di sekelilingku pada saat itu. semoga pensyarahku dapat memahami maksud tersirat dari apa yang ku nukilkan itu. 

         Jika aku ditanya, mudahkah untuk menghasilkan sebuah cerita, maka, jujur aku katakan, menulis cerita itu bukanlah semudah yang disangka. kerana itu juga, aku menyedari, betapa hebatnya para penulis diluar sana, sehingga mampu untuk menghasilkan cerita yang bukan sahaja menarik untuk dibaca, tetapi juga mampu menyampaikan mesej yang bermakna untuk pembacanya....dan.. menulis puisi juga bukan mudah... kerana aku sendiri merasainya.. meskipun aku begitu minat menulis puisi, tapi, setiap kali, puisi itu hanya akan terhasil sekiranya suasana hatiku tika itu sedang bercelaru, sedih, marah atau sekiranya aku tiba-tiba mendapat ilham dari persekitaranku. Jika tidak ada pencetus seperti yang ku sebutkan, maka, idea untuk menulis puisi itu begitu kaku. Sementelah, aku sebenarnya menulis mengikut hatiku semata-mata, tanpa mengambil tahu bagaimana penulisan puisi yang sebenarnya. Hikmah terbesar yang aku peroleh dari subjek ini, adalah, aku dapat memahami, bagaimana seseorang penulis itu akhirnya berjaya menghasilkan karya, dan bagaimanakah bentuk atau genre penulisan  itu beserta ciri-cirinya yang perlu dipatuhi. 

       Paling penting, aku mulai sedar, bahawa menulis itu juga adalah satu medium yang boleh dimanfaatkan untuk ummah. apatah lagi, aku sememangnya bukanlah seorang yang pandai melontarkan kata-kata. maka, aku harapkan, menulis ini mampu menjadi satu asbab untuk ku jadikan saksi di akhirat nanti, bahawa aku juga mahu membantu menyampaikan kebaikan untuk ummat. ALLAHUMMA AMIIN..

- SyifaQalbi-



Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat