Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Percubaan pertamaku



Bismillah....

        Inilah kali pertama aku cuba untuk menghasilkan sesuatu seperti yang ada dalam gambar di atas. Sememangnya masih banyak kekurangan, Bahkan masih lagi tergolong dalam karya-karya amatur. mungkin terlalu ringkas, atau mungkin juga terlalu aneh :D..

        'Design' ini terhasil atas sebab tugasan Penulisan Kreatif yang sedang ku pelajari semester ini. Sememangnya untuk menyiapkan tugasan tersebut.. bukan semudah yang ku sangka. Imaginasiku seakan terkubur, apabila kami perlu untuk menghasilkan sebuah cerpen sekuel berdasarkan cerpen-cerpen yang terdapat dalam sebuah majalah pada zaman 1970-an. Pengetahuanku dalam penulisan cerpen sememangnya masih terlalu cetek. aku masih belum mampu untuk memikirkan jalan cerita yang luar dari kebiasaan. Beberapa kali aku menukar jalan cerita, plot, dan sebagainya. dalam erti kata yang lebih mudah, aku buntu!!! seakan ketandusan idea...bahkan apabila melihat tulisan-tulisan sahabatku, aku jadi rendah diri...tulisan mereka semuanya indah malah menarik untuk dibaca..tetapi, apabila ku baca semula tulisanku, terasa seperti tiada jiwa di dalamnya :) 

        Sehinggalah akhirnya...selepas aku mencuba beberapa kali, aku berjaya menyiapkan sebuah cerpen sekuel yang ku letakkan tajuknya, "Seindah Dandelion". Ilham yang ku peroleh dari tulisanku di blog ini. Kemudian, dalam tugasan yang seterusnya, kami perlu memilih untuk menulis cerpen, sajak atau drama sebabak. Atas asbab yang kukuh, aku menolak mentah-mentah untuk menulis cerpen,(hehehe) dan memilih untuk menulis sajak. selama ini, aku cuma tahu menulis sajak mengikut keinginanku tanpa tahu tentang perkara-perkara yang perlu ada padanya. Setelah mempelajarinya, aku baru mengetahui bahawa rangkap-rangkap yang aku hasilkan itu dipanggil sebagai stanza.. sebelum ini, aku memang pernah mendengar perkataan itu, tapi sekadar halwa telinga sahaja.

      Sememangnya menulis itu adalah sesuatu yang amat aku gemari.. It's my passion :).. setiap hari aku cuba untuk menulis sesuatu meskipun sekadar tulisan-tulisan ringkas di dalam bukuku... Bahkan aku juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis... namun aku masih belum punya kekuatan. masih perlu untuk menimba ilmu-ilmu penulisan...kerana itulah blog ini wujud, sebagai medium untukku melepaskan gian, juga sebagai hobi di waktu lapang. :) dan aku harapkan, tulisan-tulisanku ini, sekurang-kurangnya boleh membawa kebaikan, kepada orang lain, walaupun cuma sedikit...

Semoga, setiap tulisan itu, menjadi pahala buat kita... 

Comments

Popular posts from this blog

Jadi Doktor??

Sekolahku syurgaku

Surat untukmu sahabat