Posts

Showing posts from January, 2015

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Dedikasi untuk yang tersayang

Image
Bismillah... Dedikasi untuk yang tersayang, Bukan aku tidak pernah merindu, Saat berjauhan denganmu, Cuma, rindu itu ku pendam jauh di sudut hatiku, Bukan air mataku tidak pernah mengalir, Saat melihat potret wajahmu , Bahkan saat aku perlu berpisah denganmu, Cuma, tangisan itu ku biarkan beku dihadapanmu, Agar tidak berbekas kesedihan dihatimu, Jua memujuk hatiku, untuk percaya, perpisahan ini cuma Untuk seketika, Aku juga, tidak mahu, engkau melihat wajahku, Basah dengan air mata sepertimana aku tidak mahu, Orang lain melihat aku dalam keadaan sebegitu, Bukan aku tidak pernah peduli,  akan perasaan yang menekan diriku, Untuk pulang bersua muka dengamu, Meski saat itu, rinduku sudah terlalu sarat untukku tahan, Namun, kerana aku tahu situasi dan kekangan yang terwujud, Atas asbab jarak dan masa yang singkat, Membuat aku, cuba untuk menahan rasa itu, Bukan aku tidak pernah merasa kekosongan, Saat engkau tiada disisi, S

Puisi hati

Image
Tatkala aku cuba mendahulukan prioriti, Menepis perasaan cinta insani, Aku tertarik pada sebuah pelangi, Yang wujud setelah  hujan di hati, Di sebalik pelangi itu, Aku bertemu dengan sesuatu yang kurang ku kenali, Kerana pertemuan itu, Wujud perasaan dalam sanubari, Warnanya meresapi jiwa ini, Semakin lama, ia menjadi berwarna-warni, Mujur, ingatan dari hadis dan Kalam Ilahi, membantuku mengemudi rasa hati, dengan batasan syariat dariNya yang maha Mengetahui walaupun Cuma dalam diam, dan merasai dari kejauhan ini, hati ku terus bahagia dan berseri, jari jemari, tiada henti menukilkan syair dan puisi, sebagai ekspresi cinta di hati, setiap tadahan tangan, ku isi dengan doa-doa yang tiada henti , buat mencurah rindu yang membeban di hati.. kerana perasaan itu, Aku semakin sedar akan hakikat diri, Terlalu banyak kekurangan yang masih bersemadi, Membuatkan aku lebih memahami,   cinta yang suci itu, Perlulah ku bajai dengan cinta

Ingatkan aku.

Image
Ya Allah, Di saat aku kagum dengan indah manusia, ingatkan aku bahawa ia Cuma sementara, Ya Allah, di saat aku rindu pada manusia, ingatkan aku untuk mendoakan kebaikan baginya, bukan merindui dengan nista, tetapi rindu yang penuh dengan pahala, Ya Allah,  di saat hatiku meronta ingin bertemu dengannya, Ingatkan aku, adanya pertemuan yang lebih indah denganMu berbanding Pertemuan ku dengannya, Ya Allah, Di saat aku kagum dengan kebaikannya, Ingatkan aku bahawa masih banyak kebaikanMu yang belum aku sedari Ya Allah, disaat aku benci seseorang kerana keburukannya, Ingatkan aku bahawa diri ini lebih banyak kekurangan  berbanding dirinya, Ya Allah, Di saat aku cemburu melihat nikmat pada seseorang, Ingatkanlah aku, bahawa aku tidak seharusnya bersikap sedemikian, Kerana engkau pasti akan memberi yang terbaik untukku, Dan pasti akan ada sesuatu untukku. Ya Allah, Di saat aku kecewa pada seseorang, Ingatkan aku bahawa hidup ku tida