Posts

Showing posts from December, 2014

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Puisi hati

Image
Lembar salju itu, Ku lakarkan indah bait-bait puisiku, Tatkala hati sedang celaru, Ralit jemariku menggerakkan pena, Mencoret rasa yang terbuku, Akalku ligat memerhati, Tarian aksara dan bunga bahasa yang Bermain di fikiranku... Namun, Lemahnya aku, Kerana terkadang, Lembar putih ini, lebih dahulu tahu, Akan isi hatiku, Berbanding Tuhanku.. Kadangkala, bunga-bunga madah lebih ku lafazkan, Dalam tarian pena yang menari  di atas lembar p utih salju, Adakalanya, saat doa ku panjat buat Tuhanku, Aku ibarat bisu tanpa sebarang kata indah buatNya... Betapa aku insan lemah, yang selalu mengadu, Pada sehelai kertas putih, Namun jarang ku curahkan isi hatiku, Lewat pertemuan dalam tahajud bersama Tuhanku... Mungkin, keadaan imanku, Parah dek kerana calitan dosa, Yang tak pernah habis merobek dengan noda, Tuhanku… Bantulah daku, hambamu.. Yang terlalu lemah dan tak berdaya ini, Agar aku, mampu menampal segala khilaf dan dosa,

^.^

Image
Wahai jasad pemilik jiwa, Saat engkau berseri dengan cinta Ilahi, Maka kekallah engkau dengan warna yang indah, Jangan sesekali terpengaruh dengan rasa gudah, Yang datangnya dari pesona dunia, Harus kau fahami, Dunia itu indah, namun seringkali membawa derita yang tak sudah, Andai engkau meletakkannya erat di hati, Maka bersedialah menghadapi pelbagai karenah, Letakkanlah ia cuma di tangan, Maka akan tenanglah hatimu,  bersama rasa ’izzah dari Tuhan-Mu. #Syifa'Qalbi

Surat untukmu sahabat

Image
Assalamualaikum... teristimewa untuk sahabat yang dikasihi,, Duhai sahabat.. aku tahu, saat ini, engkau kecewa padaku, kerana sudah jarang aku mengirim khabar padamu, jarang juga, aku berukhuwah denganmu, namun sahabat,  aku ingin engkau tahu, aku tidak pernah lupa padamu, Aku mahu,  engkau fahami situasiku sahabat, aku bukan sehebat dirimu,  Allah kurniai aku, sekeping hati yang mudah tersentuh, dan jujur aku katakan, saat aku bertanyakan khabarmu, aku kecewa dengan tindakanmu sahabat, ingin sahaja aku mengatakan sesuatu padamu, namun aku tidak tega, mengatakannya kepadamu, kerana aku tahu, itu akan menambahkan lagi kelukaan.. mungkin, engkau terlalu sedih, kerana aku sudah lama tidak menghubungimu... tapi.... aku lebih sedih,, jika engkau bertindak sedemikian sahabatku... janganlah kau uji kekuatan hatiku ini, dengan kedinginanmu.. janganlah engkau bertindak sebegitu lagi, kerana aku menyayangimu sahabat.... Jangan

Layakkah aku ???

layakkah aku, untuk mencintai seseorang, andai cintaku belum mencukupi untuk mencintai sang Tuhan layakkah aku memberi sedikit ruang untuk merindui seseorang, Andai kasih dan rinduku belum terbit untuk Tuhan layakkah untukku menangis kerana seseorang, Andai tiada titis air mata itu jatuh kerana takut pada Tuhan. layakkah? layakkah? Dan.. layakkah aku?? Jauh di sudut hatiku, aku tahu, Allah itu masih menyayangiku, Kerana apa? Terkadang ia datangkan kekecewaan, Agar aku  lebih kuat di kemudian hari, Ia ajarkan aku erti sebuah kesabaran, agar aku lebih tabah dalam meniti kehidupan, Dan, Ia ajarkan aku erti cinta, Agar aku lebih mencintai dan merinduinya.. Ya Allah, Tidak ada lagi yang ku harapkan kerana segalanya datang dariMU, Dan aku yakin,  segala yang engkau berikan, pasti ada hikmah yang tersimpan...