Posts

Showing posts from 2013

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Sigma Nasheed - Senandung Ukhwah | lirik

Image
Allah..Rindu pd sahabat2 ana.. Lagu ni sering menjadi pengubat jiwa jika rindu bertamu akan ku ekspresikannya melalui doaku buat sahabat2ku.. " jadikan rabitah pengikatnya, jadikan doa ekspresi rindu, semoga kita bersua di syurga,.." INSYAALLAH!!! Sahabatku.. Aku Ingin engkau tahu Bahawa aku bersahabat denganmu, bukan kerana harta mahupun kecantikan yang ada padamu, Bukan juga kerana kepandaian dan kecerdasan yang terserlah pada dirimu, Tetapi aku bersahabat dengamu kerana Allah yang satu, Hayatilah bingkisan ini, ku nukilkan istimewa buatmu, Selembar kasih sejati, Takkan termiliki oleh hati yang dengki, Teman yang sejati, Sentiasa terpahat di hati Ia memiliki kunci kehidupan, Yang akan membuka pintu hati insan, Sahabat yang sejati, Tidak pernah membiarkan sahabatnya, Hanyut dalam samudera kehidupan, Ia yang akan membawa pada kebaikan Sahabat yang sejati, Tidak akan membiarkan sahabatnya kesepian, Malah

SMK AGAMA KOTA KINABALU

Image
SMKA Kota Kinabalu..  Akan ku rindui semua kenangan yang ada di sekolah ini. Tujuh tahun sudah cukup memberikan pelbagai pengalaman buatku, meskipun berjauhan dari keluarga tercinta.. Pengalaman menjadi pelajar aliran perdana dan pra universiti di sekolah ini amat berharga buatku. Masing2 ada keistimewaan yang tersendiri. Terima kasih Ya Allah..

Bingkisan Doa

Image
Ya Allah,  meski hatiku tertarik pada seseorang,  Jangan biarkan aku menzahirkan rasa itu selagi  belum tiba waktunya. Biarkan ia menjadi  rahsia yang menjadi pengetahuan MU dan diriku sahaja, Ya Allah, meski hatiku tertawan pada seseorang, jangan biar hatiku terbuai dengan perasaanku padanya, hingga melalaikanku daripadaMU, aku berharap padaMU, agar aku terus dengan sikapku, untuk mempertahan maruahku, jangan engkau biarkan ku, berubah sikap kerana perasaanku padanya, Ya Allah, jagalah hatiku, dan jagalah hatinya, Aku tidak ingin perasaan itu membuatkan kami meninggalkan MU, Biarkan fitrah cinta yang mengalir dalam diri kami itu, Mengalir mengikut aturanMu, Dan, biarlah rasa itu yang lebih mendekatkan kami kepadaMu, Amiiin Ya Allah...

nukilan hati

Image
” Rasa cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan pada setiap manusia, Kerana itulah Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi, Janganlah hanyut dan leka dengan cinta insan, kerana hakikat insan Itu, pasti akan pergi menemui ilahi, jiwa akan melara tak terperi. Lebih baik utamakan cinta Ilahi, ia kekal dan abadi, takkan mungkin pernah mengecewakan hati ” ” Nafsu itu tidak boleh dihapuskan, Cinta juga begitu, takkan mampu dihapuskan. Cuma, keduanya boleh dikawal dengan iman, Semakin kuat keimanan, semakin terpandu arah haluannya menuju kebenaran. Andai iman itu rapuh, binasalah seluruh kebaikan yang tercipta. Bijaklah dalam mengendalikan iman, Kerana itulah kunci perjalanan, menuju redha tuhan..” #syifa'qalbi

Sekolahku syurgaku

Image
Taman kejuruteraan sekolah Bismillah... Inilah sekolahku, yang akan ku rindui selalu... Di sini, aku belajar hidup berdikari, Di sini, aku belajar untuk hidup sendiri, Di sini aku mengenali sebuah tarbiyyah, Di sini aku mengenal erti cinta dan kasih sayang, Di sini aku belajar mencintai Ilmu pengetahuan, Di sini aku mengenali murabbi dan murabbiah yang tak pernah kenal erti lelah mengajar kami , Di sini aku temui sahabat yang sentiasa menyayangi.. Dan... Di sinilah bermulanya perjalananku mencari Ilahi.. Lukisan ni Fatin yang lukis..hehe Selama tujuh tahun aku bermukim di sekolah ini..jauh di perantauan, Namun kejauhan itulah yang mencipta semua kenangan... :D Jamuan..hehe Masa Graduasi STPM