Posts

Showing posts from October, 2018

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di aksesπŸ˜ͺ (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Lesen Kereta

Image
Source: Google Bismillahirrahmanirrahim..πŸ’•πŸ’–πŸ˜» . Alhamdulillah, setelah berbulan rasanya aku tidak menulis di siniπŸ˜‚..akhirnya ada sedikit kelapangan masaku untuk tidak membiarkan blog ini sunyi sepi. (apa ada ya insan yang sudi singgah kemari..? hahaha.) Hari ini, aku ingin bercerita tentang pengalamanku mengambil lesen kereta. Banyak juga suka duka yang berlaku sepanjang tempoh latihan ku. πŸ˜‚πŸ˜‚ Kelas pertamaku, adalah sewaktu ceramah sebelum KPP01..ceramahnya lama. Sampai diriku mengantuk tak tertahankan..hehehe..nasib baiklah di sebelah menyebelah semua lelaki, jadi aku mencuba berlagak seperti sedang fokus dan segar..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kemudian, setelah itu, Ujian komputer pula. Wah2.. ketika hari aku hendak mengambil ujian komputer.. tiba-tiba kak Mimi buat kelas tambahan sampai jam 2.30. Ujian komputer pula jam 3. Perjalanan dari sekolah ke kawasan bandar pula memakan masa 20 minit.. Ma shaa Allah.. risau dan gelabah tidak dapat ku gambarkan. Aku cuma ma