Posts

Showing posts from June, 2018

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses๐Ÿ˜ช (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Aidilfitri 2018

Image
Nah..ini kami sekeluarga.  Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua pembaca maya yang ku kasihi sekalian (kalau ada.๐Ÿ˜‚) Tidak terasa pantasnya masa berlalu, Aidilfitri pun sudah melangkah ke hari yang ke lima. Tulisanku hari ini adalah tentang Aidilfitri keluargaku yang mungkin berbeza dengan orang lain. Tahun ini, setelah 4 tahun beraya di Kudat, kami beraya di Pulau Banggi pula. My Parents yg sweet Sejujurnya aku tidak pernah merasa suasana Aidilfitri seperti orang lain. Kesibukan balik ke kampung, bertemu sanak saudara..Aidilfitri ku..cuma berkisar keluarga kecilku sahaja, di tempat yang tak ada sanak saudara. Usai solat sunat Aidilfitri, kami pulang ke rumah, meraikan Aidilfitri dengan merakam memori dengan lensa kamera, lalu bermaaf-maafan, makan, dan seterusnya, kami lalui seperti biasa. Tidak ada aktiviti berkunjung ke rumah kenalan dan taulan. Cuma berhari raya di rumah sambil melayan tetamu jika ada.  so, this is Geom Semariga..Hahaha..m