Posts

Showing posts from February, 2018

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Tentang Hujan

Image
Google Image H.U.J.A.N Ingin ku bicarakan tentang hujan, Hadirnya seakan sebuah melodi, yang menggema di setiap pelusuk bumi, Menghidupkan nadi bumi yang pernah terhenti Setiap titis yang jatuh Satu persatu menjentik senyum pada bibir keringku Bergemersik sayup di telingaku, Dingin menyentuh kelopak mataku, Hingga mekar melihat panorama di hadapanku Melihatnya jatuh di antara atap rumahku, Laju, Menyentak tanah yang kering dan tandus, Membawa rasa nyaman dalam hatiku, yang sedang berkabus.. Wangian tanah yang semerbak, Memenuhi rongga nafasku.. Damai..sungguh damai perasaanku. Bercak-bercak air mengalir laju, Seakan membawa pergi segala resahku Oh Tuhan, betapa indahnya kurniaanmu Di sebalik hujan ini, Ada rezeki yang Kau kirimkan, Ada cinta yang Kau selitkan Ada rasa yang Kau tinggalkan Ada keindahan yang kau lukiskan  Untuk kami saling berfikir akan setiap kejadian, yang Engkau jadikan dengan hikmah dan pengajaran. Terima Kasih

Aku, Farah dan Facial Mask

Image
Gemuk amat ya diriku rupanya ;') Bismillahirrahmanirrahim.. Lama rasanya daku tidak mencoret sesuatu di sini.. hihi. Rasanya ini adalah tulisan pertama untuk tahun 2018 ^.^. Hari ini, aku ingin menceritakan tentang pengalamanku dan sahabatku sewaktu kami praktikal dahulu. Mungkin tidaklah seseram cerita hantu yang lain. Tapi cukup untuk kita tahu bahawa makhluk-makhluk itu ada. Al-kisahnya, pada suatu malam, aku dan sahabatku, Farah bangun pada tengah malam disebabkan tugasan kami yang belum selesai. Pertama kali menjadi juruacara bukanlah sesuatu yang mudah tanpa teks khusus disediakan. Maka, bergadanglah ("stay up" orang putih bilang) kami berdua untuk membuat teks majlis tersebut. Sebenarnya selepas Isyak kami berdua tertidur dek kerana keletihan yang tidak dapat dibendung. maka terbangunlah kami pada tengah malam... Sambil menyiapkan teks, kami pun bercadanglah untuk membuat 'facial'. Kononnya supaya wajah terlihat segar keesokkan harinya. Jadi