Posts

Showing posts from August, 2017

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Latihan Industri

Image
Gambar bersama Pegawai2 SPI di SMK Beaufort Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah, yang begitu sempurna.. Selawat dan salam untuk Baginda Rasul yang tercinta.. Tiada kesempurnaan yang mampu menghias setiap nikmat, andai kita tidak menyedari hakikat pemberi nikmat itu sendiri. 19 Jun 2017, Tarikh bermakna untuk kami semua. Inilah hari pertama kami melapor diri di tempat yang telah kami pilih untuk menjalani Latihan Industri selama dua bulan.. dan aku memilih Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai tempat untuk menjalani Latihan Industri ini. Oh ya, lupa untukku khabarkan, Aku menjalani latihan industri di sini bersama dua orang lagi sahabatku, Zaza dan Farah. :) Minggu Pertama Praktikal^^ ( Majlis Berbuka Puasa di SMK Beaufort) Pada mulanya, aku merasakan bahawa aku pasti akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sini. Namun, semua persepsi itu hilang setelah beberapa hari kami disini. Di