Posts

Showing posts from May, 2016

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Lelah yang terbayar

Image
Akhirnya..         Tiada kata yang mampu untuk ku ungkapkan, dari sebaris bibir ini, melainkan hanya lafaz syukur yang begitu besar untuk yang Maha Esa...lelah yang selama ini terbayar, dengan hasil yang amat memuaskan untuk diriku sendiri.          Kalau bukan kerana wujudnya subjek Penglahiran Bakat Kreatif di universitiku ini, mungkin, takkan pernah terhasil sebuah cerpen dari hasil tanganku sendiri. Ini, kali pertama, aku berjaya menyiapkan sebuah cerpen meskipun jalan ceritanya agak mendatar dan mungkin kurang menarik untuk terus membacanya. Entahlah, pada hakikatnya, menulis adalah satu keterujaan yang luar biasa untukku. Namun, untuk menulis cerita atau cerpen, aku buntu. Malahan, dalam proses menjana idea untuk penulisan juga masih terlalu sempit konteks yang berlegar-legar di sekitar mindaku. kata-kata dari susunan aksara juga seakan layu..jika aku ingin menulis sebuah cerita. sekali lagi, aku akui, aku buntu. Sehingga akhirnya, aku berjaya menyiapkan tugasan