Posts

Showing posts from April, 2016

Aku ingin, Mencintaimu!!

Image
Photo credit to Google Image ^^ Assalamualaikum, untuk pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis apa- apa di sini, dek kerana pengaruh Instagram dan Facebook yang lebih mudah di akses😪 (kononnya) Hari ini, ingin ku kongsikan, sebuah puisi lama yang ku tulis. Setelah berkurun lamanya barulah aku mampu meletakkannya di sini, hehehehe.. Perit ku rasakan, Saat perasaan diuji dengan pelbagai dugaan, Sakit   yang ku tanggung, Tiada siapa yang menyedari, Namun, bisikanNya mengubat segala kelukaan, Dan cuma kepada Allah ku labuhkan segala rintihan, TeguranNya ku jadikan pedoman, Agar diri tidak kecelaruan, Ku akui,   ada ketika, emosi menguasai akalku hingga terkadang hati menanggung azab amarah dan kadangkala mempengaruhi hatiku, sampai aku lupa, betapa indahnya kesabaran, Allah... Malu rasanya mengenangkan dosaku Zikir yang meniti di bibirku, Seperti tiada bererti buat ji

Percubaan pertamaku

Image
Bismillah....         Inilah kali pertama aku cuba untuk menghasilkan sesuatu seperti yang ada dalam gambar di atas. Sememangnya masih banyak kekurangan, Bahkan masih lagi tergolong dalam karya-karya amatur. mungkin terlalu ringkas, atau mungkin juga terlalu aneh :D..         'Design' ini terhasil atas sebab tugasan Penulisan Kreatif yang sedang ku pelajari semester ini. Sememangnya untuk menyiapkan tugasan tersebut.. bukan semudah yang ku sangka. Imaginasiku seakan terkubur, apabila kami perlu untuk menghasilkan sebuah cerpen sekuel berdasarkan cerpen-cerpen yang terdapat dalam sebuah majalah pada zaman 1970-an. Pengetahuanku dalam penulisan cerpen sememangnya masih terlalu cetek. aku masih belum mampu untuk memikirkan jalan cerita yang luar dari kebiasaan. Beberapa kali aku menukar jalan cerita, plot, dan sebagainya. dalam erti kata yang lebih mudah, aku buntu!!! seakan ketandusan idea...bahkan apabila melihat tulisan-tulisan sahabatku, aku jadi rendah diri.